This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

[Kisah Islam] Cara dan Hukum Memberi Salam dalam Islam

Cara dan Hukum Memberi Salam dalam Islambaca98.blogspot.com - Wawanislam - tata cara dan hukum memberi salam yg baik dan benar. Sesungguhnya Islam itu syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai seorang muslim selain perlu menunaikan hak-hak Allah SWT, hak sesama saudara seagama jg perlu dititikberatkan. Terdapat 6 hak sesama muslim yg perlu kita laksanakan.
6 Hak Seorang Islam : Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam. Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir). Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah. Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan). Jika dia sakit, maka ziarahilah. Jika dia mati, maka iringilah.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dgn ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya). (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam agama Islam ada cara tersendiri untk cara memberi salam, ianya terkandung dlm 6 hak seseorang Muslim sebagaimana yg telah dinyatakan hadis di atas.
Melalui keenam-enam hak seorang Islam ini, maka jelaslah bahawa memberi salam dan menjawab salam adlh amat dititik-beratkan dan telah menjadi hak kita sebagai orang Islam. Bergembiralah kerana kita jg ada cara yg tersendiri untk memberi salam. Iaitu ‘Assalamualaikum’ ( Selamat sejahtera ke atas kamu).
Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:
  1. Ketika berjumpa muslim.
  2. Ketika beredar daripada orang ramai.
  3. Ketika pulang ke rumah.
  4. Ketika masuk ke rumah yg kosong.
  5. Ketika masuk ke dlm masjid / surau yg kosong.

Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:
  1. Berada dlm tandas.
  2. Sedang makan / berperang.
  3. Sedang membaca Al-Quran.
  4. Sedang berzikir kepada Allah.
  5. Sedang membaca hadis nabi.
  6. Menjadi katib / sedang memberi peringatan (mengajar).
  7. Sedang belajar sebarang ilmu.
  8. Sedang meminta-minta hajat.
  9. Sedang berseronok dgn ahli keluraga.
Cara dan Hukum Memberi Salam dalam IslamCara Memberi Salam :
  1. Beri salam dgn cara terbaik. (Semakin panjang dan lengkap salam kita, semakin besar pahala kita.)
  2. Beri salam kepada yg lebih tua.
  3. Yang berkenderaan memberi salam kepada yg berjalan kaki.
  4. Yang berjalan beri salam kepada yg duduk.
  5. Kumpulan yg sedikit beri salam kepada yg banyak.
  6. Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal / tak kenal)
  7. Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yg beri salam itulah yg paling baik.

Dilarang:
  1. Orang Islam tak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin.
  2. Memberi salam menggunakan isyarat sahaja. Larangan ni kerana ianya menyerupai gaya Yahudi dan Nasrani. Kecuali jika terdapat keuzuran / berada dlm jarak yg jauh.

Memberi Salam dlm Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :
  • Gunakan perkataan salam / assalam

Firman Allah SWT: وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا ۖ قَالَ سَلَامٌ
Dan Sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, Dengan membawa berita Yang mengembirakan. lalu mereka memberi salam Dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (Wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. (Surah Hud : Ayat 69)
Bersamalah kita membudayakan memberi salam ini. Sesungguhnya memang tak mudah untk kita memulakannya jika tak biasa, tetapi bermulalah dgn berangsur, sedikit demi sedikit.
Semoga kita sentiasa istiqamah dlm tiap amal perbuatan.

other source : http://slideshare.net, http://imgur.com, http://wawanislam.blogspot.com

0 Response to "[Kisah Islam] Cara dan Hukum Memberi Salam dalam Islam"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *