baca98.blogspot.com - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih tak tahu menahu apa matlamat Himpunan Rakyat Bersatu yg diadakan hari ini. Diminta memberi komen mengenai program yg didakwa dihadiri kira-kira 200, 000 orang itu, Dr Mahathir berkata: "Dia punya objektif apa dia? Saya pun tak tahu, macam mana nak komen." Beliau kemudian diiringi oleh pasukan keselamatan beredar dari wartawan. Bekas perdana menteri itu ditemui media selepas menghadiri majlis di Cyberjaya hari ini. Dr Mahathir memang kritikal terhadap perhimpunan yg diadakan sebagai 'membalas' BERSIH 4 yg diadakan pd 29 dan 30 Ogos lalu.Malah beliau turut membuat dua kemunculan singkat sempena BERSIH 4. Kata Dr Mahathir BERSIH 4 bukanlah perhimpunan bersifat rasis kerana ia disertai pelbagai kaum. "Mereka (kumpulan baju merah) mahu BERSIH menjadi rasis supaya mereka boleh mempertahankan Melayu. "(Bagaimanapun) mereka bukan mempertahankan Melayu. Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) tak perlu, " katanya kepada media semalam. Program itu turut tak disenangi oleh Timbalan dan Naib Presiden Umno. Tan Sri Muhyiddin Yassin dlm perutusan sempena Hari Malaysia berkata, sambutan detik penting negara wajar dizahirkan dgn acara yg melambangkan perpaduan rakyat. "Janganlah pula Hari Malaysia disambut dgn perarakan / perhimpunan yg boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya, " kata beliau. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata sebarang perhimpunan untk menyakitkan hati serta mencetuskan provokasi pihak lain perlu dielakkan. "Perlu ada penghormatan kepada negara dan bukan dgn perhimpunan untk tujuan yg tak tentu kerana ia hanya memporak perandakan keharmonian kaum, " katanya.
other source : http://kerajaanrakyat.blogspot.com, http://youtube.com, http://bbc.co.uk
0 Response to "Apa Objektif Himpunan Rakyat Bersatu? - Haprak"
Post a Comment