This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

[Kisah Islam] Sunah-sunah yang dilakukan sebelum Shalat jumat

baca98.blogspot.com - Sunah-sunah yg dilakukan sebelum shalat jumat - Hari Jumat sebagai penghulu segala hari adlh bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yg terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yg dinukilkan dlm dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ni untk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.

Rasulullah sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yg wajar dilakukan pd hari Jumaat. Tapi mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yg semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.
Sunah-sunah yang dilakukan sebelum Shalat jumat1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yg terbaik.
Ini berdasarkan hadith yg disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, baginda bersabda:

Tidak mandi seorang lelaki pd hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yg termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yg dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tak mencelah di antara dua orang (di dlm masjid), lalu dia bersolat apa yg diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yg akan datang . [Riwayat al-Bukhari]

2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.
Firman Allah Ta’ala di dlm surah al-Jumu’ah ayat 9, Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untk mengerjakan sembahyang pd hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adlh baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yg sebenarnya)"

3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pd malam / siang hari Jumaat.
Membaca Surah Yaasin adlh sesuatu yg mulia dilakukan oleh tiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yg lainnya. Namun, untk mengkhususkannya pd waktu tertentu seperti pd malam Jumaat adlh suatu yg tak dijumpai dlm mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dgn petunjuk Baginda nabi. Sedangkan tiap ibadah adlh terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil / nas yg menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dgn segala rendah diri mengajak kalian semua untk meninggalkan amalan yg bercanggahan dgn sunnah Baginda ini.

Adapun pd malam Jumaat, Rasulullah telah mengajarkan kita untk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:Sesiapa yg membaca surah al-Kahfi pd hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dgn satu cahaya di antara dua Jumaat. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]

4.Menuju ke masjid dgn berjalan kaki, bukan berkenderaan.
Sesiapa yg mandi dan membersihkan diri pd hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dgn mencari posisi paling hampir dgn imam dlm keadaan diam, maka tiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pd siangnya dan mendirikan ibadah pd sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adlh sangat mudah. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]

5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.
Solat sunat Mutlak bukanlah satu yg popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dgn solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ni agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dlm karyanya yg agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:Dianjurkan bagi orang yg masuk masjid pd hari Jumaat (bila saja) untk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dgn bilangan (rakaat), jg tak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid / sebelumnya. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, dinukil daripada buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus, mukasurat 105]

Berkenaan riwayat yg menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yg dpt dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yg berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:Tidak ada diriwayatkan dari Nabi Shallahu’alaihi wasallam bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat - penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dlm bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]

6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
Berdasarkan hadith yg diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh, Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yg dibacanya adlh petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah! [ Riwayat Muslim]

7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.
Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adlh suatu yg disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dlm khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dgn sunnah Baginda. Ini berdasarkan sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yg melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pd hari Jumaat), dan berkata, Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam tak menambah apa-apa melainkan seperti ni dgn tangannya dan mengisyaratkan dgn jari telunjuknya.

8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.
Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adlh disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat / empat rakaat dan kedua-duanya adlh sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:

a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:Barangsiapa di antara kamu yg hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat. [Riwayat Imam Muslim]

b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya. [Riwayat Imam al-Nasaei]

9.Merebut peluang dan ruang yg dikatakan waktu mustajab doa pd hari Jumat.
Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya pd hari Jumaat ada satu saat yg tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dgn tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Di dlm laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:Waktu yg sesaat itu tak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yg telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dlm Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam / khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at / sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yg menunggu shalat maghrib.

Demikian antara sunnah-sunnah pd hari Jumaat sepertimana yg diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad al-Musthofa shallallahu’alaihi wasallam kepada kita yg semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yg demikian wahai sekalian muslim yg budiman, mari koreksi diri kita sejauh mana kita dlm mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yg berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yg mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dgn sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yg diada-adakan (dalam agama), karena tiap perkara yg diada-adakan itu adlh bid'ah, dan tiap bid'ah itu sesat."

(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). Title : Sunah-sunah yg dilakukan sebelum Shalat jumat

other source : http://wawanislam.blogspot.com, http://reddit.com, http://solopos.com



0 Response to "[Kisah Islam] Sunah-sunah yang dilakukan sebelum Shalat jumat"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *